Ahad, 4 Disember 2011

Puding Karamel Oren

Bahan-bahan:
  • 100g gula kastor
  • 130ml air
  • 450ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 1 biji oren- diperah
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 75g garam
Cara-cara:
Masuukan garam dan airke dalam periuk dan biarkan gula larut dengan perlahan-lahan. Tuang ke dalam acuan kastard dan ketepikan. Campurkan telur yang telah dipukul dan lebihan gula. Suamkan susu dan tuang ke dalam campuran telur. Masukkan jus oren serta esen vanilla. Tapiskan ke dalam cawan kastard tadi. Aturkan cawan kastard di dalam periuk kukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga kastard masak. Biarkan di dalam cawan sehingga sejuk sebelum diterbalikkan.

Pai Epal Mini

Bahan-bahan:
  • 125g mentega
  • 1 biji telur
  • 70g gula
  • 250g tepung serba guna
  • 3 biji epal hijau
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar mentega
Cara-cara:
Pukul mentega dan gula. Kemudian masukkan telur. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Tekankan sebahagian pastri ke dalam acuan kek cawan dan ketepikan. Kupas kulit epal dan potong menjadi bentuk kiub. Didihkn epal dengan gula, serbuk kayu manis dan mentega. Selepas 2-3 minit, alihkan dari api dan isikan ke dalam acuan kek cawan yang telah diaalaskan. Tutupkan inti dengan lebihan pastri dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 180c selama 25-30 minit atau hingga kuning keemasan.

Khamis, 24 November 2011

Butter Cookies

Bahan-bahan:

  • 125 g mentega
  • 45 g gula icing 
  • 140 g tepung gandum 
  • 1/4 sk baking powder
  •  1sudu teh esen vanilla
  • choc chips atau kismis - boleh diabaikan
  • gula halus- untuk hiasan

Cara-cara:

Putar mentega dan gula icing hingga berkrim.Masukkan  esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung gandum dan pukul sebati. Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit. Masukkan doh dalam pping beg dan bentukkan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 150c selama 15 minit atau sehingga kuning keemasan. Taburkan gula halus di atas cookies dan sejukkan.

Coklat Choco Cip Cookies

Bahan-bahan:

  • 375 g tepung gandum
  • 95 g tepung jagung
  • 240 g gula perang
  • 360 g mentega
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 6 sudu besar chocolate chips
  • 6 sudu besar chocolate rice- boleh diabaikan
  • 6 sudu besar badam cincang 
  • 6 sudu besar nestum- boleh diabaikan
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:

Pukul mentega dan gula perang hingga lembut. Masukkan telur, esen vanilla dan gaul hingga sebati. Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan dalam adunan mentega diikuti dengan choco chip, choco rice, badam dan nestum. Gaul sebati. Bentukkan mengikut citarasa sendiri dan bakar selam 20 minit pada suhu 170c.

Rabu, 23 November 2011

Muffin Pisang

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan gula caster
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 1/2 cwn susu segar
  • 1 biji telur
  • 3 biji pisang- dilenyek

Cara-cara:

A - Masukkun tepung di dalam mangkuk yang besar.
B - Campurkan gula, telur, minyak, susu dan pisang dan kacau hingga sebati.Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan dengan menggunakan sudu atau garfu. Sudukan adunan ke dalam muffin cup dan bakar selama 25 - 30 minit di dalam ketuhar pada suhu 170c.

Tip: Sebagai hiasan, anda boleh menabur gula aising.

Amaran: Pastikan pisang anda tidak dilenyek sepenuhnya. Anda dapat merasai cebisan pisang di dalamnya.

Fruit Cocktail

Bahan-bahan:

  • 1 tin buah-buahan campuran (fruit cocktail)
  • 1 tin susu sejat
  • 2 tin(susu) air
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 cawan gula
  • secukup agar-agar siap makan- dipotong kecil
  • secukup ketulan ais

Cara-cara:


Campurkan air, susu, kastard dan gula dan masak hingga mendidih. Kacau terus hingga mendidih dgn hand whisk(memudahkan) supaya kastard tidak melekat pd dasar periuk. Sejukkan. Apabila sudah sejuk, masukkan agar-agar dan buah-buahan campuran ke dalam adunan kastard.Ketika hendak menghidang,masukkan secukup ketulan ais yang kecil.

Strawberry Smoothie

Bahan-bahan:
  • 5 biji buah strawberry
  • 500 ml susu perisa strawberry
  • ais batu
Cara-cara:
Potong buah strawberry kepada dua bahagian. Kisar buah strawberry, susu strawverry dan ais batu. Kemudian, masukkan di dalam gelas. Hias dengan buah strawberry.


Tip: Anda boleh tambah jelly untuk menghiasnya atau chocolate rice. Anda juga boleh tambah serpihan coklat putih atau coklat biasa.

Muffin Pandan

Bahan-bahan:

  • 90g majerin
  • 70g gula kastor
  • 1 biji telur
  • 40ml susu segar
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 110g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil pandan emulco

Cara-cara:

Pukul mentegadan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu. Pukul sehingga adunan menjadi sebati.Sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur  dengan garfu. Tidak perlu kembang. Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sebati. Masukkan pula tepung yang telah diayak dengan baking powder ke dalam  sedikit demi sedikit kali berselang seli dengan susu segar sambil di kacau. Bahagikan adunan kepada 2. Ambil satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati. Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180c.

Tip: Sebelum bakar, anda boleh taburkan sedikit coklat cip agar nampak lebih menarik.

Amaran: Terlalu banyak susu menyebabkan adunan muffin melimpah dari cawan kertas ketika dibakar di dalm ketuhar.

Kek Jem Strawberry

Bahan-bahan:
  • 250g mentega
  • 200g gula kastor
  • 5 biji telur
  • 200g tepung kek
  • 50g tepung jagung
  • 1/2 cawan susu
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkkan telur satu per satuberselang seli dengan bahan kering. Tuangkan susu dan esen vanilla serta pukul hingga sebati.Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180c selama 45 minit atau sehingga kek bewarna kuning keemasan. Sejukkan kek sebelum dibelah dua melintang. Ratakn jeli ke atas sekeping kek dan letak yang lagi satu.


Tip: Anda boleh taburkan gula aising atau buah strawberry untuk hiasan.

Kek Badam

Bahan-bahan:
  • 60g mentega
  • 70g majerin
  • 4 biji telur
  • 125g gula kastor
  • 70g serbuk badam
  • 60g baking powder
  • 1 cawa susu segar
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh esen badam
Cara-cara:
Pukul mentega, majerin dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur dan pukul hingga sebati. Taburkan tepung dan serbuk badam sedikit demi sedikit dan kaup balikkan supaya rata. Tuangkan susu, esen vanilla danesen badam. Kacau rata.Sudukan adunan ke dalam dulang pembakar yang dialas dan bakar di dalm ketuhar pada suhu 160c selama 40 minit.

Tip: Anda boleh menghias kek di bahagian atas dengan menyapu jem aprikot dan tabur kacang badam atau tabur dengan gula aising. Anda juga boleh tuangkan coklat cair di atasnya.





 

Kek Mini Bergula

Bahan-bahan:
  • 125g mentega
  • 110g gula kastor
  • 3 biji telur
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 125g tepung kek
  • 2 sudu besar kismis -dipotong kecil
Bahan untuk aising:
  • 125g gula aising
  • 2 sudu teh mentega
  • 4 sudu teh air mendidih
  • pewarna makanan
Cara-cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan bancuhan telur berselang-seli dengan tepung.Masukkan kismis dan gaul rata.  Tuang adunan ke dalam dulang pembakar yang telah dialas. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 180c atau hingga coklat keemasan.Biarkan sejuk dan potong empat persegi kecil.

Cara penyediaan aising: Campurkan gula aising, mentega dan air mendidih secukupnya agar mudah untuk dituang. Warnakan dan tuangkan di atas persegi kek. Kemudian biarkan aising keras dan hidangkan.

Tip: Bagi yang tidak menggemari kismis, anda boleh abaikan ia. Anda juga boleh letak manik atau serpihan coklat serta buah-buahan segar.  

Selasa, 22 November 2011

Kek Gulung Kaya

Bahan-bahan:
  • 4 biji telur
  • 100g gula kastor
  • 100g tepung kek
  • 50ml minyak jagung
  • 1 sudu teh esen pandan
Untuk hiasan:
  • 150g kaya
  • 3 camca gula aising
Cara-cara:
Pukul telur bersama gula aising hingga kembang.Kaup balikkan teping selama 3x. Kemudian, tuangkan minyak jagung dan esen pandan. Gaul rata. Ratakan adunan ke dalam acuan 'swiss roll'. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 180c sehingga bertukar menjadi coklat keemasan. Terbalikkan kek sehingga sejuk dan sapukan kaya kemudian gulung semula. Potong kek tersebut dan siap untuk dihidang.


Tip: Anda boleh taburkan gula aising untuk hiasan. Bagi yang tidak gemar perisa kaya, anda juga boleh menukarnaya.

Pudding Caramel

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur ayam
  • 500ml susu segar
  • 1 cawan gula putih
  • 1/4 sk garam - atau secukup rasa 
Kuah caramel:
  • 1/2 cawan soft brown sugar
  • 1/4 cawan sudu air

Cara-cara 

Campurkan gula dan telur, gaul rata dengan pemukul telur hingga gula larut. Kemudian tuang susu segar, kacau perlahan hingga adunan sebati. Taburkan sedikit garam, kacau seketika. Tapis dan ketepikan. Sambil itu panaskan soft brown sugar untuk di jadikan kuah caramel di atas api kecil hingga sedikit kekuningan sahaja. Jangan keterlaluan nanti pahit pula rasanya. Kemudian masukkan air panas dan masak hingga berbuih tekstur menjadi sedikit pekat. Masukkan kuah caramel ke dalam bekas kaca jernih dan di ikuti tapisan adunan pudding based dan hendaklah dituang perlahan-lahan disekeliling acuan yang hendak dikukus. Panaskan pengukus dan kukus menggunakan api sederhana sehingga masak. Uji menggunakan lidi, pisau atau garpu di tepi mahupun ditengah puding tersebut. Sekiranya tidak melekat bermakna ia sudah masak. Sejukkan atau simpan di dalam peti sejuk. Rasa pudding menjadi lebih sedap jika disimpan dan dibiarkan dalam bekas tertutup semalaman di dalam peti sejuk.Cara menghidangkannya, letak pinggan atas dulang pudding, telangkupkan terus kedalam puding dalam pinggan yang sesuai atau keluarkan sekeliling tepi puding menggunakan pisau butter macam cara mengeluarkan kek yang sudah di masak kemudian terbalikkan puding tersebut dan potong.

Biskut Cornflakes

Bahan-bahan:

  • 250gm butter
  • 1/2 cawan gula
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 kotak cornflakes - diramas sedikit
  • Papercup 
  • ceri untuk hiasan- dipotong atau boleh diabaikan

Cara-cara:

Pukul butter dan gula hingga kembang.Masukkan tepung dan cornflakes.Sudukan ke dalam papercup, hias dengan ceri dan bakar lebih kurang 20 minit. 

 

 Tip: Untuk menambah kelazatan biskut cornflakes, anda boleh sapu sedikit madu dan taburkan manik ke atasnya.



Isnin, 21 November 2011

Popia Ketam Istimewa

Bahan-bahan:
  • 60g isi ketam
  • 40g lobak merah-dimayang halus
  • 40g sengkuang-dimayang halus
  • 20g tauge
  •  2 ulas bawang putih-dicincang halus
  • 10g kacang tanah-digoreng tanpa minyak dan dikisar
  • 5g biji sawi-digoreng tanpa minyak
  • 8 kulit popia bersaiz serdahana

Untuk sos popia:

  • 4 biji cili merah-dibuang biji dan dikisar
  • 2 ulas bawang putih-dicincang
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 1 sudu besar tepung jagung
Cara-cara:
Sediakan kuali untuk menumis,masukkan minyak dan panaskan tas api kecil. Masukkan bawang putih cincang dan biar hingga kuning serta berbau wangi. Kemudian masukkan pula lobak merah,sengkuang dan tauge.Tumis seketika tetapi jangan sampai layu. Masukkan isi ketam dan kacang tanah yang telah digoreng tadi.Gaul rata. Setelah naik bau, masukkan biji sawi,perasakan dengan gula, garam dan gaul rata. Padamkan api dan biar niti sejuk. Letakkan popia yang telah sejuk di tas kulit popia dan gulung hingga habis. Panaskan minyak untuk menggoreng penuh dan goreng popia hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.


Untuk sos popia:
Tumis bawang hingga wangi dan masukkan cili kisar. Masukkan sos cili Thai dan biarkan mendidih seketika. Perasakan menggunakan gula dan garam.Pekatkan sos tadi dengan bancuhan tepung jagung dan angkat.


Tip: Tamatkan gulungan popia dengan meletakkan sedikit bancuhan tepung pada hujung tepinya supaya popia tidak terbuka ketaka menggorengnya.Jika suka, anda boleh menggunakan sos cili Thai atau sos cili biasa untuk mencicah pipoa.Untuk mewangikan lagi inti,anda boleh taburkan bawang goreng.Untuk kelainan,anda juga boleh memasukkan campuran sayur sepertikacang peas,lobak merah atau jagung yang dijula di pasar raya.

Kek coklat

  Bahan-bahan:
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
     
Bahan A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air (dicampur dengan 2 sudu kecil Nascafe)
Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
Topping 
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan pukul lagi. Kemudian masukkan minyak masak. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.Bakar pada suhu 170c selama 1 jam atau sehingga masak. Untuk toppingnya, masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sehingga tekstur menjadi baik. Tuangkanke atasnya.


Tip: Bagi yang gemar menghias anda boleh tabur serbuk badam keatasnya atau coklat rice dan lain-lain. Anda juga boleh letak serpihan coklat masakan di atasnya.

Kek Prun Masam Manis

Bahan-bahan:
  • 300g mentega
  • 200g gula perang 
  • 6 biji telur ayam bersaiz sedang
  • 300g tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 200 g buah prun
  • 250ml air biasa
  • 50g gula kastor
Cara-cara:
Panaskan air,masukkan gula kastor dan buah prun. Masak sehingga gula ,arut dan buah menjadi lenyek. Sejukkan bahan-bahan tadi dan kisarkan. Sediakan mangkuk yang agak besar. Putarkan mentega dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan telur satu per satu dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan buah prun yang telah dikisar tadi dan gaul rata. Masukkan tepung perlahan-lahan ke dalam adunan dan ratakan hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar dan bakar selama 45 minit pada suhu 180c. Selamat mencuba.


Amaran: Jangan kisar buah prun terlalu halus. Kek lebih sedap jika terdapat cebisan buah prun ketika mengunyahnya.


Tip: Bagi yang gemar menghias kek,anda boleh taburkan gula ising menggunakan pengayak. Tetapi jangan tabur terlalu banyak kerana kek prun ini sudah manis.Sekiranya anda tidak menggemari buah prun, anda boleh menukarnya dengan buah-buahan yang lain kerana ia mengganggu tekstur kek tersebut.

Ais Krim Coklat Oreo

Bahan-bahan:

  • 2 1/2 cawan susu DutchLady Full Cream (perisa coklat)
  • 2 1/2 cawan - Nestle coffemate creamer powder
  • 1 paket kecilbiskut Oreo

Cara-cara

Masukkan susu coklat dan coffeemate ke dlm blender dan blend sehingga 5 minit. Masukkan 2-3 keping biskut oreo termasuk krimnya sekali dan blend  hingga sebati.Tidak perlu letak gula sebab biskut sudah manis.Masukkan dalam peti sejuk beku lebih kurang 2 jam atau sebelum membeku, keluarkan dan blend sekali lagi. Patah-patahkan biskut oreo selebihnya dan campurkan dalam aiskrim dan tabur sedikit untuk topping.Masukkan dlm peti sejuk beku semalaman. Sedia untuk hidang bila-bila masa. Selamat mencuba.

Sup Cendawan

Bahan-bahan:
  • 7 biji cendawan butang
  • 3 biji kentang yang sudah direbus dan dikisar
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji bawang merah kecil
  • sedikit garam
  • 1 kiub ayam (boleh diabaikan)
Cara-cara:
Goreng baawang untuk menaikkan haruman.Kemudian,goreng ayam separuh masak.Masukkan susu,kentang,dan cendawan butang. Masukkan sedikit garam.Sudah siap untuk dihidangkan.

Omelette

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • Beberapa kepingan sosej yang dipotong
  • 1 biji kentang dipotong dadu / nipis2
  • 2 labu bawang kecil dicincang
  • 1 sudu kecil paprika dan garam
  • 5 sudu besar susu segar 

Cara-cara

Pukul telur ,susu segar, paprika dan garam serta. Masukkan sosej dan biarkan seketika.Susu akan membuatkan omelette jadi fluffy.Panaskan sedikit minyak di dalam flat pan dan tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan kentang dan pepperoni. Goreng 3-5 minit hingga kentang cukup masak.Tuangkan telur yang telah dipukul dan sebarkan isi supaya rata. Masak atas api kecil. Kalau suka cheese, taburkan cheddar cheese sekeping kat atas.Goreng hingga masak telur. Tidak perlu terbalikkan. Masak telur dadar biasa tu

Dorayaki

Bahan-bahan:

  • 100gm tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking soda
  • 60gm gula halus
  • 2 sudu besar madu
  • 2 biji telur
  • ½ sudu besar minyak masak
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • 1½ cawan kacang merah yg manis

Cara-cara

Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati. Masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segarjika adunan terlalu pekat. Panaskan kuali yang tidak melekat dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz . Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis . Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pancake, tutup dengan satu keping pancake. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.Siap dihidang di waktu makan petang.

Kentang Wedges Berkeju

Bahan-bahan:
  • 4 biji ubi yang dipotong bentuk baji   
  • 60 g tepung jagung
  • 2 biji telur yang dipukul
  • 15g serbuk lada sulah
  • bahan perasa
  • garam
Untuk topping sos keju
  • 50g keju bewarna oren
  • 15g mentega
  • 15 g tepung gandum
  • 120ml susu segar
  • 30g yogurt biasa
  • 50g mayonis
Cra-cara:
 
Perasakan potongan ubi kentang terlebih dahulu. Masukkan ubi ke dalam telur yang sudah dipukul dan kemudian letakkan pula di dalam tepung jagung. Pastikan keseluruhan ubi diselaputi oleh tepung jagung. Goreng ubi tadi di dalam minyak yangpenuh. Setelah masak ,toskan ia bagi menggellakkan ubi menjadi lembik. Bagi membuat sos keju pula ialah cairkan mentega didalmperiuk kecil dengan menggunakan api yang perlahan. Masukkan tepung gandumdan gaul sehingga sebati.Tuangkan susu dan terus mengacau. Masukkan keju ke dalamnya dan gaul kaju tadi sehingga cair. Langkah yang terakhir,letakkan yogurt ke dalamnya dan gaul hingga rata.Tekstur sos akn menjadi pekat. Masukkan sos keju dan mayonis ke dalam piping beg yang berbeza. Kemudian letakkan ubi goreng tadi ke atas pinggan dan paipkan sos tadi keatasnya. Sedia untuk dihidangkannya.





Donat

Bahan-bahan:

  • 200g tepung roti
  • 20g gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 140ml susu segar
  • 20g butter
  • minyak masak
  • sugar powder 
  • gula halus

Cara-cara:

Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan yis. Kacaukan sedikit. Masukkan pula butter. Kacau sehingga sebati. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai.

Uli sehingga tidak melekat ditangan. Buatkan bentuk bulat. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda. Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Jika lekat pada kesan jari, bermakna sudah naik. Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit.Bentukkan doh tersebut kepada bentuk donat.Biarkan doh itu selama 5 minit .Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang.Taburkan gula halus ke atasnya.Siap untuk dihidang.
 
Tip: Anda boleh letak coklat masakan yang sudah cair di atasnya serta sedikit serbuk kacang badam dan lain-lain. 

Kek Batik

Bahan-bahan:

  • biskut marie
  • setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan milo
  • 1 cawan air
  • 3/4 cawan gula

Cara-cara:

Patah-patahkankan biskut marie. Di dalam periuk, campurkan koko,milo,air dan gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua menjadi larut. Masukkan butter.  Kacau  butter sehingga cair. Kecilkan api dan masukkan telur. Kacau sampai agak-agak pekat (lebih kurang 30 saat).Padamkan api. Masukkan pula biskut yang sudah dipatahkan tadi. Kacaukan sehingga semua biskut sudah diselaputi coklat..Masukkan kedalam loyang.Tekan sehingga padat.Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong dan siap untuk dihidang.


Amaran: Terlalu banyak serbuk koko boleh menyebabkan kek batik anda terasa pahit . Tekan biskut sehingga padat.Jika tidak,sukar bagi anda memotong kek batik.

Tip: Telur boleh diabaikan jika anda tidak suka. Anda juga boleh tambah serbuk kopi Nascafe untuk menambah keenakan kek batik.  Anda juga boleh menambah coklat rice agar nampak menarik.


Muffin Blueberry



Bahan-bahan

  • 170 g mentega
  • 160 g gula kastor (boleh gunakan gula perang)
  • 4 biji telur
  • 350 g tepung gandum
  • 20 g baking powder
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Blueberry filling secukupnya
  • Badam keping untuk hiasan (jika suka)
  • Muffin cup secukupnya (kurang lebih 24 biji)
  • 160 ml susu segar

Cara-cara

Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanilla, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.Gaul tepung bersama baking powder dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang-seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.Sudukan adunan ke dalam muffin cup, jangan penuh. Isikan sedikit blueberry filling dan tambah adunan muffin diatasnya. Anggaran 3/4 penuh. Tabur dgn sedikit badam keping dan susun dalam dulang pembakar.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bergantung pada keadaan oven masing-masing.Keluarkan dan sejukkan

Roti Kismis


   Bahan-bahan

  •      ½ teh ragi kering
  •      ½ cawan gula kastor
  •      4 cawan tepung gandum   
  •      1 camca teh garam
  •      250 g mentega
  •      3 biji telur kuning
  •      1 cawan susu segar
  •      2 camca besar mentega cair
  •      6 camca gula kastor

   Cara-cara membuatnya:
Larut ragi bersama gula di dalam air suam.Satukan tepung,gula dan garam di dalam bekas kemudian gaul bersama mentega hingga rata.Lubangkan tengah-tengah tepung dan masukkan ragi,kuning telur dan susu.Gaul hingga ia sebati.Tutup adunan dengan plastik wrap dan simpan ia didalam peti sejuk selam enam jam.Kemudian canai doh dan kemaskan ia hingga menjadi segi empat bujur.Satukan mentega,gula dan kacau hingga sebati.Canai sebahagian doh dan ratakan mentega cair pada permukaan doh.Gulungkan ia sehingga kemas-kemas.Perap ia selama sejam dan baru masukkan ke dalam ketuhar yang dibakar 20-25 minit pada suhu 200 c. Siap untuk dihidangkan.


Tip: Anda boleh letak buah kismis untuk menambah kelazatan pada roti tersebut.

Muffin Cip Coklat

Bahan-bahan
  • 250gm tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 175gm gula
  • 150gm coklat cip
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara
Gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk. Gaul bahan basah dalam mangkuk lain dan masukkan campuran bahan kering tadi.  Gaul hingga sebati. Kemudian, masukkan coklat cip dan gaul lagi. Letak dalam muffin cupdan tabur coklat cip lagi jika suka. Bakar di dalam ketuhar selama 20minit.

Ahad, 20 November 2011

Cookies Pelangi

Bahan-bahan:
  • 250gram tepung jagung
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 sudu baking powder
  • marjerin
  • perwarna makanan
Cara-cara:
Gaulkan tepung bersama susu. Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin untuk menjadi doh . Bahagi doh kepada dua bahagian iaitu letak warna berbeza warna yang disukai Bakar dalam oven 180c selama 15 minit.Dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar Perhatian: Biskut ini amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati-hati apabila mengangkat biskut dari dulang pembakar.Pastikan sejuk betul kemudian baru dialihkan.

Pancake

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 2 cawan susu segar  
  • 1 sudu besar gula  
  • 2 sudu teh serbuk penaik  
  • 1/2 sudu teh garam  
  • sedikit mentega
    Cara-cara:
    Pukul telur dan mentega .Campur tepung gandum,serbuk penaik,gula,garam dan susu .Pukul sehingga sebati. Sapukan sedikit minyak dan panaskan di atas kuali leper. Masak pancake sehingga kekuningan dan timbul gelembung udara. Alihkan pancake supaya tidak rentung dan melekat. Akhir sekali pancake siap untuk dimakan.


    Tip: Anda boleh hidangkannya bersama sirap atau mentega. Pancake lebih sedap kalau ditambah dengan buah-buahan segar seperti buah strawberry mahupun jem dan madu.