Khamis, 24 November 2011

Coklat Choco Cip Cookies

Bahan-bahan:

  • 375 g tepung gandum
  • 95 g tepung jagung
  • 240 g gula perang
  • 360 g mentega
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 6 sudu besar chocolate chips
  • 6 sudu besar chocolate rice- boleh diabaikan
  • 6 sudu besar badam cincang 
  • 6 sudu besar nestum- boleh diabaikan
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:

Pukul mentega dan gula perang hingga lembut. Masukkan telur, esen vanilla dan gaul hingga sebati. Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan dalam adunan mentega diikuti dengan choco chip, choco rice, badam dan nestum. Gaul sebati. Bentukkan mengikut citarasa sendiri dan bakar selam 20 minit pada suhu 170c.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan