Isnin, 21 November 2011

Kek Prun Masam Manis

Bahan-bahan:
  • 300g mentega
  • 200g gula perang 
  • 6 biji telur ayam bersaiz sedang
  • 300g tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 200 g buah prun
  • 250ml air biasa
  • 50g gula kastor
Cara-cara:
Panaskan air,masukkan gula kastor dan buah prun. Masak sehingga gula ,arut dan buah menjadi lenyek. Sejukkan bahan-bahan tadi dan kisarkan. Sediakan mangkuk yang agak besar. Putarkan mentega dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan telur satu per satu dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan buah prun yang telah dikisar tadi dan gaul rata. Masukkan tepung perlahan-lahan ke dalam adunan dan ratakan hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar dan bakar selama 45 minit pada suhu 180c. Selamat mencuba.


Amaran: Jangan kisar buah prun terlalu halus. Kek lebih sedap jika terdapat cebisan buah prun ketika mengunyahnya.


Tip: Bagi yang gemar menghias kek,anda boleh taburkan gula ising menggunakan pengayak. Tetapi jangan tabur terlalu banyak kerana kek prun ini sudah manis.Sekiranya anda tidak menggemari buah prun, anda boleh menukarnya dengan buah-buahan yang lain kerana ia mengganggu tekstur kek tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan