Isnin, 21 November 2011

Ais Krim Coklat Oreo

Bahan-bahan:

  • 2 1/2 cawan susu DutchLady Full Cream (perisa coklat)
  • 2 1/2 cawan - Nestle coffemate creamer powder
  • 1 paket kecilbiskut Oreo

Cara-cara

Masukkan susu coklat dan coffeemate ke dlm blender dan blend sehingga 5 minit. Masukkan 2-3 keping biskut oreo termasuk krimnya sekali dan blend  hingga sebati.Tidak perlu letak gula sebab biskut sudah manis.Masukkan dalam peti sejuk beku lebih kurang 2 jam atau sebelum membeku, keluarkan dan blend sekali lagi. Patah-patahkan biskut oreo selebihnya dan campurkan dalam aiskrim dan tabur sedikit untuk topping.Masukkan dlm peti sejuk beku semalaman. Sedia untuk hidang bila-bila masa. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan