Isnin, 21 November 2011

Donat

Bahan-bahan:

  • 200g tepung roti
  • 20g gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 140ml susu segar
  • 20g butter
  • minyak masak
  • sugar powder 
  • gula halus

Cara-cara:

Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan yis. Kacaukan sedikit. Masukkan pula butter. Kacau sehingga sebati. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai.

Uli sehingga tidak melekat ditangan. Buatkan bentuk bulat. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda. Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Jika lekat pada kesan jari, bermakna sudah naik. Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit.Bentukkan doh tersebut kepada bentuk donat.Biarkan doh itu selama 5 minit .Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang.Taburkan gula halus ke atasnya.Siap untuk dihidang.
 
Tip: Anda boleh letak coklat masakan yang sudah cair di atasnya serta sedikit serbuk kacang badam dan lain-lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan