Isnin, 21 November 2011

Muffin Blueberry



Bahan-bahan

  • 170 g mentega
  • 160 g gula kastor (boleh gunakan gula perang)
  • 4 biji telur
  • 350 g tepung gandum
  • 20 g baking powder
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Blueberry filling secukupnya
  • Badam keping untuk hiasan (jika suka)
  • Muffin cup secukupnya (kurang lebih 24 biji)
  • 160 ml susu segar

Cara-cara

Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanilla, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.Gaul tepung bersama baking powder dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang-seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.Sudukan adunan ke dalam muffin cup, jangan penuh. Isikan sedikit blueberry filling dan tambah adunan muffin diatasnya. Anggaran 3/4 penuh. Tabur dgn sedikit badam keping dan susun dalam dulang pembakar.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bergantung pada keadaan oven masing-masing.Keluarkan dan sejukkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan