Selasa, 22 November 2011

Pudding Caramel

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur ayam
  • 500ml susu segar
  • 1 cawan gula putih
  • 1/4 sk garam - atau secukup rasa 
Kuah caramel:
  • 1/2 cawan soft brown sugar
  • 1/4 cawan sudu air

Cara-cara 

Campurkan gula dan telur, gaul rata dengan pemukul telur hingga gula larut. Kemudian tuang susu segar, kacau perlahan hingga adunan sebati. Taburkan sedikit garam, kacau seketika. Tapis dan ketepikan. Sambil itu panaskan soft brown sugar untuk di jadikan kuah caramel di atas api kecil hingga sedikit kekuningan sahaja. Jangan keterlaluan nanti pahit pula rasanya. Kemudian masukkan air panas dan masak hingga berbuih tekstur menjadi sedikit pekat. Masukkan kuah caramel ke dalam bekas kaca jernih dan di ikuti tapisan adunan pudding based dan hendaklah dituang perlahan-lahan disekeliling acuan yang hendak dikukus. Panaskan pengukus dan kukus menggunakan api sederhana sehingga masak. Uji menggunakan lidi, pisau atau garpu di tepi mahupun ditengah puding tersebut. Sekiranya tidak melekat bermakna ia sudah masak. Sejukkan atau simpan di dalam peti sejuk. Rasa pudding menjadi lebih sedap jika disimpan dan dibiarkan dalam bekas tertutup semalaman di dalam peti sejuk.Cara menghidangkannya, letak pinggan atas dulang pudding, telangkupkan terus kedalam puding dalam pinggan yang sesuai atau keluarkan sekeliling tepi puding menggunakan pisau butter macam cara mengeluarkan kek yang sudah di masak kemudian terbalikkan puding tersebut dan potong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan