Isnin, 21 November 2011

Kek Batik

Bahan-bahan:

  • biskut marie
  • setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan milo
  • 1 cawan air
  • 3/4 cawan gula

Cara-cara:

Patah-patahkankan biskut marie. Di dalam periuk, campurkan koko,milo,air dan gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua menjadi larut. Masukkan butter.  Kacau  butter sehingga cair. Kecilkan api dan masukkan telur. Kacau sampai agak-agak pekat (lebih kurang 30 saat).Padamkan api. Masukkan pula biskut yang sudah dipatahkan tadi. Kacaukan sehingga semua biskut sudah diselaputi coklat..Masukkan kedalam loyang.Tekan sehingga padat.Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong dan siap untuk dihidang.


Amaran: Terlalu banyak serbuk koko boleh menyebabkan kek batik anda terasa pahit . Tekan biskut sehingga padat.Jika tidak,sukar bagi anda memotong kek batik.

Tip: Telur boleh diabaikan jika anda tidak suka. Anda juga boleh tambah serbuk kopi Nascafe untuk menambah keenakan kek batik.  Anda juga boleh menambah coklat rice agar nampak menarik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan