Ahad, 4 Disember 2011

Pai Epal Mini

Bahan-bahan:
  • 125g mentega
  • 1 biji telur
  • 70g gula
  • 250g tepung serba guna
  • 3 biji epal hijau
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar mentega
Cara-cara:
Pukul mentega dan gula. Kemudian masukkan telur. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Tekankan sebahagian pastri ke dalam acuan kek cawan dan ketepikan. Kupas kulit epal dan potong menjadi bentuk kiub. Didihkn epal dengan gula, serbuk kayu manis dan mentega. Selepas 2-3 minit, alihkan dari api dan isikan ke dalam acuan kek cawan yang telah diaalaskan. Tutupkan inti dengan lebihan pastri dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 180c selama 25-30 minit atau hingga kuning keemasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan