Isnin, 21 November 2011

Kek coklat

  Bahan-bahan:
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
     
Bahan A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air (dicampur dengan 2 sudu kecil Nascafe)
Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
Topping 
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan pukul lagi. Kemudian masukkan minyak masak. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.Bakar pada suhu 170c selama 1 jam atau sehingga masak. Untuk toppingnya, masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sehingga tekstur menjadi baik. Tuangkanke atasnya.


Tip: Bagi yang gemar menghias anda boleh tabur serbuk badam keatasnya atau coklat rice dan lain-lain. Anda juga boleh letak serpihan coklat masakan di atasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan