Ahad, 4 Disember 2011

Puding Karamel Oren

Bahan-bahan:
  • 100g gula kastor
  • 130ml air
  • 450ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 1 biji oren- diperah
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 75g garam
Cara-cara:
Masuukan garam dan airke dalam periuk dan biarkan gula larut dengan perlahan-lahan. Tuang ke dalam acuan kastard dan ketepikan. Campurkan telur yang telah dipukul dan lebihan gula. Suamkan susu dan tuang ke dalam campuran telur. Masukkan jus oren serta esen vanilla. Tapiskan ke dalam cawan kastard tadi. Aturkan cawan kastard di dalam periuk kukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga kastard masak. Biarkan di dalam cawan sehingga sejuk sebelum diterbalikkan.

Pai Epal Mini

Bahan-bahan:
  • 125g mentega
  • 1 biji telur
  • 70g gula
  • 250g tepung serba guna
  • 3 biji epal hijau
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar mentega
Cara-cara:
Pukul mentega dan gula. Kemudian masukkan telur. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Tekankan sebahagian pastri ke dalam acuan kek cawan dan ketepikan. Kupas kulit epal dan potong menjadi bentuk kiub. Didihkn epal dengan gula, serbuk kayu manis dan mentega. Selepas 2-3 minit, alihkan dari api dan isikan ke dalam acuan kek cawan yang telah diaalaskan. Tutupkan inti dengan lebihan pastri dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 180c selama 25-30 minit atau hingga kuning keemasan.

Khamis, 24 November 2011

Butter Cookies

Bahan-bahan:

  • 125 g mentega
  • 45 g gula icing 
  • 140 g tepung gandum 
  • 1/4 sk baking powder
  •  1sudu teh esen vanilla
  • choc chips atau kismis - boleh diabaikan
  • gula halus- untuk hiasan

Cara-cara:

Putar mentega dan gula icing hingga berkrim.Masukkan  esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung gandum dan pukul sebati. Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit. Masukkan doh dalam pping beg dan bentukkan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 150c selama 15 minit atau sehingga kuning keemasan. Taburkan gula halus di atas cookies dan sejukkan.

Coklat Choco Cip Cookies

Bahan-bahan:

  • 375 g tepung gandum
  • 95 g tepung jagung
  • 240 g gula perang
  • 360 g mentega
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 6 sudu besar chocolate chips
  • 6 sudu besar chocolate rice- boleh diabaikan
  • 6 sudu besar badam cincang 
  • 6 sudu besar nestum- boleh diabaikan
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:

Pukul mentega dan gula perang hingga lembut. Masukkan telur, esen vanilla dan gaul hingga sebati. Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan dalam adunan mentega diikuti dengan choco chip, choco rice, badam dan nestum. Gaul sebati. Bentukkan mengikut citarasa sendiri dan bakar selam 20 minit pada suhu 170c.

Rabu, 23 November 2011

Muffin Pisang

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan gula caster
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 1/2 cwn susu segar
  • 1 biji telur
  • 3 biji pisang- dilenyek

Cara-cara:

A - Masukkun tepung di dalam mangkuk yang besar.
B - Campurkan gula, telur, minyak, susu dan pisang dan kacau hingga sebati.Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan dengan menggunakan sudu atau garfu. Sudukan adunan ke dalam muffin cup dan bakar selama 25 - 30 minit di dalam ketuhar pada suhu 170c.

Tip: Sebagai hiasan, anda boleh menabur gula aising.

Amaran: Pastikan pisang anda tidak dilenyek sepenuhnya. Anda dapat merasai cebisan pisang di dalamnya.

Fruit Cocktail

Bahan-bahan:

  • 1 tin buah-buahan campuran (fruit cocktail)
  • 1 tin susu sejat
  • 2 tin(susu) air
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 cawan gula
  • secukup agar-agar siap makan- dipotong kecil
  • secukup ketulan ais

Cara-cara:


Campurkan air, susu, kastard dan gula dan masak hingga mendidih. Kacau terus hingga mendidih dgn hand whisk(memudahkan) supaya kastard tidak melekat pd dasar periuk. Sejukkan. Apabila sudah sejuk, masukkan agar-agar dan buah-buahan campuran ke dalam adunan kastard.Ketika hendak menghidang,masukkan secukup ketulan ais yang kecil.

Strawberry Smoothie

Bahan-bahan:
  • 5 biji buah strawberry
  • 500 ml susu perisa strawberry
  • ais batu
Cara-cara:
Potong buah strawberry kepada dua bahagian. Kisar buah strawberry, susu strawverry dan ais batu. Kemudian, masukkan di dalam gelas. Hias dengan buah strawberry.


Tip: Anda boleh tambah jelly untuk menghiasnya atau chocolate rice. Anda juga boleh tambah serpihan coklat putih atau coklat biasa.