Ahad, 4 Disember 2011

Puding Karamel Oren

Bahan-bahan:
  • 100g gula kastor
  • 130ml air
  • 450ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 1 biji oren- diperah
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 75g garam
Cara-cara:
Masuukan garam dan airke dalam periuk dan biarkan gula larut dengan perlahan-lahan. Tuang ke dalam acuan kastard dan ketepikan. Campurkan telur yang telah dipukul dan lebihan gula. Suamkan susu dan tuang ke dalam campuran telur. Masukkan jus oren serta esen vanilla. Tapiskan ke dalam cawan kastard tadi. Aturkan cawan kastard di dalam periuk kukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga kastard masak. Biarkan di dalam cawan sehingga sejuk sebelum diterbalikkan.

Pai Epal Mini

Bahan-bahan:
  • 125g mentega
  • 1 biji telur
  • 70g gula
  • 250g tepung serba guna
  • 3 biji epal hijau
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar mentega
Cara-cara:
Pukul mentega dan gula. Kemudian masukkan telur. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Tekankan sebahagian pastri ke dalam acuan kek cawan dan ketepikan. Kupas kulit epal dan potong menjadi bentuk kiub. Didihkn epal dengan gula, serbuk kayu manis dan mentega. Selepas 2-3 minit, alihkan dari api dan isikan ke dalam acuan kek cawan yang telah diaalaskan. Tutupkan inti dengan lebihan pastri dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 180c selama 25-30 minit atau hingga kuning keemasan.